Antara negara yang terlibat ialah Negara Vietnam. Myanmar. Thailand, India, Dhubai, Filiphina, Pakistanb dan Kemboja. PID Balik Pulau juga menjemput pegawai dari Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi, Majlis k-ICT Pulau Pinang dan pemimpin-pemimpin tempatan bagi berkongsi idea dan pendapat dalam merapatkan jurang digital di kalangan penduduk tempatan.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Yang Berhormat Sr. Haji Muhd. Farid Bin Haji Saat diikuti dengan penyampaian 'The Best Telecenter - Pusat Internet Desa Balik Pulau' oleh Encik Abdul Said Bin Hussain selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Internet Desa Balik Pulau. Selepas itu, wakil Majlis k-ICT iaitu Mr. Leong, Setiausaha Majlis k-ICT Pulau Pinang menyampaikan 'Pelan Induk K-ICT Pulau Pinang' kepada para hadirin.
Penyampaian taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat JKKK, Bangunan JKKK Kongsi. Selepas taklimat berakhir, para pelawat dibawa untuk melihat Pusat K-Komuniti Kongsi, Balik Pulau dan Pusat Internet Desa Balik Pulau.
0 comments:
Post a Comment