Monday, May 25, 2009

Pertandingan POeCC Pulau Pinang '09

PENANG OPEN e-CREATIVE C H A L L E N G E 2009 atau C A B A R A N e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009

Satu peluang untuk anda meneroka kreativiti organisasi anda serta meningkatkan profil dan meningkatkan laman web anda ke seluruh Malaysia dan dunia.

POeCC09 kali ini merupakan pertandingan Laman Web Terbuka kepada semua pusat e-Komuniti dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Laman web yang dipertanding mestilah mempunyai maklumat yang informatif, interaktif serta mesra pengguna khususnya untuk capaian dan manfaat komuniti


Hadiah-Hadiah

Hasil karya dan laman web yang terbaik daripada salah satu subkategori akan menerima hadiah yang menarik.

Hadiah Utama
Trofi ‘Cabaran PDC’ bagi laman web yang terbaik dari kategori Pusat e-Komuniti dan Organisasi Badan Bukan Kerajaan

Kategori Terbuka (Laman Web Pusat e-Komuniti)
Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09
Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09
Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09
5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang

Kategori Terbuka (Laman Web Organsasi Badan Bukan Kerajaan)
Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09
Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09
Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09
5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang

***Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan daripada penganjur***

Keputusan Pertandingan

Trofi Cabaran PDC
Chef Association of Malaysia Penang Chapter

Kategroi Pusat eKomuniti
1. Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti (PPIK) Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
2. Perpustakaan Desa PNM Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang
3. Pusat Internet Desa Yan, Kedah

Saguhati
Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam, Kedah
Pusat Internet Desa Balik Pulau, Pulau Pinang
Pusat Internet Desa Kuala Kurau, Perak
Pusat Jalurlebar Komuniti Cawangan Sik, Kedah
Perpustakaan Jalurlebar Tokai, Kedah

Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO)
1. Chef Association of Malaysia Penang Chapter
2. Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang
3. Persatuan Memancing Pulau Pinang

Saguhati
St John Ambulans Malaysia, Pulau Pinang
Persatuan Kanak-Kanak Cerebral Palsy (Spastik) Pulau Pinang
Bulan Sabit Merah Malaysia
Perak Amateur Radio Transmitters Society
Jawatankuasa Portal www.indianmuslim.com.my


GALERI GAMBAR

Thursday, December 18, 2008

SEMINAR ICT KEBANGSAAN DI KL, KEM. BELIA SUKAN & NEGARA

Bersama-sama sebahagian ahli Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang semasa program. Mendapatkan peluang serta merapatkan hubungan peserta Pulau Pinang melalui rangkaian kerjasama yang padu..

Saturday, May 24, 2008

Mesyuarat Agung Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang dan Program Makan-Makan GPeK

Tarikh : 24hb Mei 2008
Masa : 7.00 malam - 11.00 malam
Tempat : Restoran Pen Mutiara, d/a LKIM Batu Maung
Anjuran : Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang
Sasaran : Semua Pusat e-Komuniti Pulau Pinang

Program diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara pusat-pusat e-Komuniti di serta menambah keahlian Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang. Dari hasil mesyuarat yang lepas, ahlijawatankuasa penaja bersetuju agar mengambil kesempatan dari program ini untuk menjalankan mesyuarat agung. Maka satu perlantikan jawankuasa baru telah terbentuk dan masih diterajui dengan Presiden yang sama iaitu Encik Abdul Said Bin Hussain.

Galeri Gambar












































Friday, February 1, 2008

Penang Techopreneur Dialogue


Penang Technopreneur Dialogue
with Mr Colin Wong and Web 2.0 Sharing Session
Tarikh : 1 Februari 2008
Tempat: Bayview Hotel, Penang
Masa : 8.30 a.m. - 5.30p.m.
Sasaran Penyertaan : Pelajar ICT, Pengatucara, Usahawan Tekno yang baru berpotensi atau sudah lama berkecimpung dalam dunia teknologi di kawasan Utara Malaysia.

Program ini dikendalikan oleh MDeC, Penang Developement Corporation dan Universiti Sains Malaysia untuk memberi perpektif berbeza berkenaan dengan pembangunan aplikasi sistem, serta membolehkan para Usahawan Teknologi berkongsi idea atau pengalaman mengenai perkongsian teknologi yang sedia ada di waktu kini.
Web 2.0 adalah satu budaya dalam pembinaan dan pembangunan web. Web 2.0 adalah generasi kedua di mana web berasaskan komuniti di mana web kini membenarkan perkongsian maklumat di antara pembangun web dan komuniti. Contohnya Program Wikipedia : membenarkan pengguna/komuniti memasukkan atau mengedit maklumat yang sedia ada dalam web tersebut.
Pusat Internet Desa Balik Pulau dan Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang telah menyertai program ini untuk berkongsi bersama pengalaman dan meningkatkan pengetahuan ICT yang sedia ada. Dengan adanya program ini, kami telah menjalin satu hubungan baik antara wakil organisasi yang hadir.
Galeri Gambar












Friday, December 28, 2007

Training Of Trainer - TMS Publisher for penangcares.net dan Membina Laman Web e-Komuniti Pulau Pinang


Seramai dari 36 peserta dari pelbagai pusat e-komuniti Pulau Pinang untuk menyertai program ini. Program ini adalah projek Gabungan Pusat e-Komuniti Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis k-ICT Pulau Pinang, Pusat Komputer Negeri dan Perbadanan dan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Latihan ini telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang di Georgetown dan Seberang Jaya pada 27hb dan 28hb Disember 2008. Tujuan latihan adalah untuk memasukkan kandungan yang berkaitan maklumat pusat e-komuniti di laman web penangcares.net. Slot kedua lebih tertumpu cara pembinaan membina laman web dengan menggunakan Microsoft Office Frontpage untuk membina laman web e-komuniti sendiri. Dengan ini, diharap agar para peserta dapat mempraktikkannya dan boleh digunakan untuk diri sendiri atau dalam pembelajaran di pusat e-komuniti masing-masing.

Sejajar dengan itu, Majlis k-ICT Pulau menyarankan agar pusat e-komuniti untuk menyertai suatu pertandingan Penang Open e-Creative Challenge 2008 kategori Best Penang e-Community Centre Website. Hadiah yang akan dimenangi ialah :
Tempat Pertama : RM1,000, trofi dan sijil
Tempat Kedua : RM 500, trofi dan sijil
Tempat Ketiga : RM 250 dan sijil
5 hadiah saguhati (RM 100 setiap satu)

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.penang.gov.my/

Galeri Gambar

Sunday, December 16, 2007

Taklimat Laman Web Banci Pilihanraya - Wanita UMNO

Pada 16hb Disember, di Pusat Internet Desa Balik Pulau seramai 25 orang jawatankuasa Wanita UMNO Pulau Pinang dan Puteri Bahagian Balik Pulau terlibat dengan kursus ini. Kursus ini menerangkan bagaimana menggunakan satu sistem pangkalan data yang digunakan untuk membuat bancian pengundi bagi setiap penduduk di Pulau Pinang.


Projek ini dikendalikan oleh Y. B Siti Faridah Binti Arshad, Kadun Teluk Bahang dengan dibantu 2 orang pegawai dari Pejabat Wanita UMNO Malaysia. Memandangkan PID dapat menyediakan 10 buah komputer sahaja. Maka, ada peserta yang membawa komputer bimbit sendiri serta menggunakan perkhidmatan wireless milik PID Balik Pulau.

Laman web tersebut bolehlah dilawati melalui http://www.wanita-umno.org.my/

Galeri Gambar






















Thursday, December 13, 2007

Lawatan Delegasi Negara-Negara Membangun Ke PID BP

Pada 13hb Disember, pihak Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia telah mengadakan satu program dengan menjemput pegawaippegawai dari Program Desa ICT dari negara-negara membangun. Yang Berhormat Sr. Haji Muhd. Farid Bin Haji Saat, KADUN Pulau Betong selaku penasihat Balik Pulau mengalu-alukan kedatangan pelawat dengan perasaan yang berbesar hati.

Antara negara yang terlibat ialah Negara Vietnam. Myanmar. Thailand, India, Dhubai, Filiphina, Pakistanb dan Kemboja. PID Balik Pulau juga menjemput pegawai dari Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi, Majlis k-ICT Pulau Pinang dan pemimpin-pemimpin tempatan bagi berkongsi idea dan pendapat dalam merapatkan jurang digital di kalangan penduduk tempatan.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Yang Berhormat Sr. Haji Muhd. Farid Bin Haji Saat diikuti dengan penyampaian 'The Best Telecenter - Pusat Internet Desa Balik Pulau' oleh Encik Abdul Said Bin Hussain selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Internet Desa Balik Pulau. Selepas itu, wakil Majlis k-ICT iaitu Mr. Leong, Setiausaha Majlis k-ICT Pulau Pinang menyampaikan 'Pelan Induk K-ICT Pulau Pinang' kepada para hadirin.
Penyampaian taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat JKKK, Bangunan JKKK Kongsi. Selepas taklimat berakhir, para pelawat dibawa untuk melihat Pusat K-Komuniti Kongsi, Balik Pulau dan Pusat Internet Desa Balik Pulau.

Galeri Gambar